Tuesday 16 October 2012

Pengalaman Urutan Selepas Bersalin,

Rahsia turun-temurun urutan ibunda...

Apakah bidan?

Bidan ialah wanita yang ditugaskan untuk membantu seseorang wanita melahirkan anak. Dalam masyarakat kampung tradisional, bidan ialah wanita yang berpengalaman dalam hal ehwal menguruskan wanita mengandung dan bersalin, biasanya agak berusia. Mereka mengetahui tentang perubatan tradisionalyang banyak mengunakan tumbuhan herba. Bidang kampung ini biasanya diberi upah dan mestlah ditempah terlebih dahulu. Upah selalunya dalam bentuk pengeras.
Dalam masyarakat Melayu Islam, bidang tugas ini sering disandang oleh wanita soleh (beriman) yang berkebolehan menguruskan wanita. Tugas bidan adalah tugas yang dianggap mulia oleh masyarakat setempat.

dalam masyarakat moden, adakah bidan masih penting dan diperlukan? ia bergantung pada pendapat masing-masing, ada yang kata perlu dan ada yang kata tidak, tapi pada akak ia penting. memang sangat-sangat penting, ini kerana nenek akak sendiri seorang bidan di Johor Pontian, tapi itu sekitar tahun 1970. Masih segar lagi diingatan akak ketika menjaga pelanggan-pelanggan akak di Kuala Lumpur, dan yang paling jauh adalah di Kuantan Pahang. Rata-rata masyarakat masa kini sudah lupa cara nak berpantang, dan kebanyakkan pelanggan akak adalah pertama kali bersalin, dan akak akan ceritakan kisah-kisah ini pada masa akan datang :)

Pada pendapat akak, perkhidmatan bidan ini sedang berkembang di Malaysia. dan mesti ramai yang nak tahu apa perkhidmatan yang dilakukan oleh akak ketika menjaga ibu-ibu yang dalam pantang ini... 

Mandian herba dan air daun.

haaa... pada hari pertama sampai je kerumah pelanggan akak, akak akan memandikan sendiri pelanggan akak dengan air mandian serai wangi, daun pandan, daun lengkuas dan wangi-wangian semula jadi yang lain. mandian ini memang menyegarkan ibu-ibu selepas bersalin yang mana rata-rata mereka masih pening kepala dan lemah tubuh badan. mandian ini membantu memberikan aroma terapi dan secara tak langsung ia juga membuang angin dalam badan. bayangkan dengan keadaan penat selepas bersalin, dan badan yang lemah.. memang stress, lagi-lagi kalau pertama kali bersalin, mandian ini membantu mereka mengurangkan stress. 


daun pandan dan herba-herba lain direbus dan dicampurkan dengan air mandian... 





apa yang akak buat ketika memandi kan ibu-ibu selepas bersalin ini? akak urutkan kepala mereka  dan basuh rambut pelanggan akak... sambil mandi kene urut..memang menyegarkan... bayangkan lah 4 hari di hospital, kepala yang berat terus rase ringan, senang kata.. memang lega lah.

Bertangas.

Selepas mandian yang menyegarkan.. mulalah proses bertangas. pada akak, proses ini memang penting, pada proses ini, akak menumpukan seluruh perhatian agar ia berkesan dan jangan terkejut, akak gunakan arang untuk bertangas, mengapa? sebab arang mempunyai beberapa mineral yang baik untuk kulit dan sesuai dengan badan kita lebih. Panas arang juga lebih lama dan lebih panas dari menggunakan air yang mendidih. Antara kebaikkan bertangas ialah:
  • ia memanaskan badan kita supaya badan kita mengeluarkan peluh dan proses perkumuhan ini dapat membuang daki-daki busuk dalam badan melalui peluh. secara tak langsung,... kulit kita cantik dan tak berbau..
  • mengecutkan rahim, secara semula jadi dari turun temurun... dan ia juga membantu mengecutkan lantai peranakkan. ini penting supaya untuk peranakkan tidak jatuh dan rahim kita kuat untuk mengandungkan anak yang seterus nya.... 
proses ini sekurang-kurang nya dilakukan selama 30 minit kalau bagi pelanggan yang berbadan lebih besar, akak akan panjangkan masa bertangas. 

Apa yang akak buat sekarang?

Em, jadi akak rasa sampai sini dulu untuk hari ini, akak akan update lagi maklumat yang lain untuk tatapan pembaca dan mereka yang ingin tahu tentang perkhidmatan ini... 

Urutan Ibunda Penjagaan selepas bersalin.
Amimah Binti Rostam
016-6976589 (Untuk kawasan sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya)
013-4340720 (Untuk kawasan sekitar shah alam dan Klang)

boleh lah call untuk maklumat lanjut. panggil kak Mimah je, sekarang akak sedang siapkan barang-barang untuk menjaga seorang ibu dari Jelatek. beliau merupakan seorang doktor. esok akan mula masuk kerumah beliau. akak sedia menerima tempahan kerana akak mempunyai pekerja-pekerja yang berpengalaman dalam bidang ini. akak akan updatet blog ini dari semasa ke semasa untuk menceritakan tentang perkhidmatan ini dan juga pengalaman-penglaman akak semasa menjaga pelanggan akak. asalamualaikum :)

(lagu yang akak dengar ketika ini)

sambil siapkan barang-barang untuk esok, kita layan...







No comments:

Post a Comment